cUtEst fOLLOwer

30 June 2011

LOvE minum NESCAFE...^_^

 
cik eca suke sangat minum nescafe...dalam sehari mesti kena minum...tetiba..terlintas kat fikiran cik eca...elok ke minum nescafe dalam quantiti yang banyakk...nescafe nih mmg ada kebaikkan..tapi...ada jugak keburukkan....so..cik eca try search kebaikan dan keburukan nescafe nih...

check this out --->

KEBAIKAN NESCAFE :

-->Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
-->pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II.
-->melindungi seseorang daripada penuaan
--> mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.
-->berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
-->Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok.
-->mampu mengurangkan risiko mudah lupa atau nyanyuk kerana kajian terbaru mendapati ia dapat menghalang kolestrol perosak daripada memberi implikasi buruk kepada tubuh badan manusia.

KEBURUKAN NESCAFE :

-->kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan.
-->kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan. 
-->Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk
-->Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan.
--> kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman.
-->Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut.
-->Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). 
-->Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut. 

KESAN JANGKA PANJANG :

-->Ulser
 - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk.

-->Masalah Jantung 
– Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

-->Ketagih 
- Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala.



CARA MEMBUANG KETAGIHAN KAFEIN :

-->Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.


Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

 






LIKE bila korang SUKA

START MASUK SEM5....^_^

30 JUN 2011...tarikh cik eca daftar masuk sem5 larh...pejam celik2..kejap je...da nak habis da study cik eca...
cepat sgt masa tue belalu...settle je pendaftaran...teros balik rumah...kemas2 barang n balik PB...kelas start hari isnin..:) masok sem5 nih...kelas start kul8...adoiii....klw sebelom nih kelas start kul8.30 pun ngelat nak bangun,,,nih kul8 lak....nih angkara budak2 bgunan puyu dtg tumpang bgunan kami arr nih....hurmm...pas nih mesti xley nak bwak kelas kedepan da...msti asyik kna blk lambat je...dugaan3...


bila da berbaik ngan kawan baek nih..rasa hepy je...tambah lak sorang g kawan bertambah2 baek arr..:)thanks to them....
pas nih kat mn lak arah tuju kehidupan cik eca...:)
credit to fauziah saidian,norsyazwani n my new fwenz izzafiq..:)
sebab sudi jadi kawan saya yang always memahami saya dan always make me s.m.i.le....^__^


tapi..hari mood cik eca pelik ckit arrr....sepanjang2 dalam perjalanan balik PB eca xde pk kan pa pe...minda cik eca cam kosong je...mmg xde rasa pa pe...kenapa cik eca ley jadi cam tue..???izzafiq kata....cik eca nga berkhayal di dalam alam yang nyata..lebey kurang cam tue ar..:) ntah arrr....pelik betol...

*kehidupan nih boley wujud macam2 kemungkinan yang kita x sangka akan wujud...

LIKE bila korang SUKA

27 June 2011

ISRAK DAN MIKRAJ...27 REJAB...




PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).
Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ
Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).
Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.
Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.
PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ
Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.
Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.

KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ
Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:
Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.
Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.
Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.
Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.
Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.
Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.
Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.
Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.
Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
p/s : Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ringkas ini. InsyaAllah.
LIKE bila korang SUKA

20 June 2011

cuti sEm yang semakin nak hAbiS...^_^

rEsULt sem 4 cik ECA...

Student Name NURUL AISYAH BINTI SHAH MURAD 
Student ID PTM090502631IC No 901224085794
Course CC103Course Name DIPLOMA IN COMPUTER SYSTEM & NETWORKING
Semester 4Session 1210
 
 SESSION : 1210  
 No  Subject Code  Sec No  Subject Name  Credit Hours  Grade 
  1  IPT201101CO-CURRICULUM1A
  2  TNW202301COMPUTER NETWORK3B-
  3  TNW203401NETWORK ADMINISTRATION4A-
  4  TNW304401NETWORK CABLING (NC)4A-
  5  TNW306301NETWORK SECURITY3B+
Total Credit Hours15GPA  3.420
 CGPA  3.400
 Status  PASS
 Remark  PROCEED

ALhAmdULiLLAh....walaupun sudah usaha bersungguh2...cik EcA bersyUkur sgt ngan rEsULt cik EcA... ^_^

perlu usaha dengan lebey keras pada sem5 nt....
xley malas2 da...awak mesti boley NURUL AISYAH...:)


LIKE bila korang SUKA

15 June 2011

PEDIHNNYA bila KECEWA...=.=




Semua orang ingin bahagia dan tak mahu gagal dalam kehidupan seharian mereka..Namun setiap orang tidak dapat lari daripada berhadapan dengan perasaan kecewa..kita sering kaitkan perasaan kecewa dengan faktor putus cinta.Walaubagaimana pun hakikat sebenarnnya kecewa boleh berpunca dari pelbagai faktor..








FAKTOR MENGAKIBATKAN KECEWA...

1- GAGAL DALAM PEPERIKSAAN.
2- DITIPU OLEH ORANG YANG DIPERCAYAI.
3- TIDAK BERJAYA MENCAPAI APA YANG DI USAHAKAN.
4- DI LEMPAR DENGAN PELBAGAI FITNAH.
5- DIMARAHI OLEH ORANG TUA / BOS.
6- BARANG YANG DISAYANGI DAN ADA SENTIMENTAL VALUE KAMU HILANG.



PENAWAR UBATI KECEWA....

* Belajar menerima kenyataan 
Jangan merasa tersisih bila kecewa.Fahami perasaan kamu dengan menghayati tekanan yang di hadapi.Anggaplah suatu kecewa itu adalah normal.

* Fahami punca masalah
Fahami  sebab2 kamu kecewa.Kenal pasti punca2 dan pastikkan iannya tidak berulang.

* Luahkan perasaan
kamu akan merasa diri lebih di hargai apabila ada orang ketiga yang merasa simpati dan mengambil berat terhadap kamu.Jadi,cari pasangan yang boleh mendengar dan menberikan kamu buah fikiran yang baik.

* Belajar menyanyangi diri sendiri
Jangan kelirukan diri kamu dengan menyanyangi orang lain lebih dari diri sendiri.Sekirannya kamu menyanyangi diri sendiri secara automatik kamu akan lebih menghargai orang lain.

* Jangan salahkan orang lain
Berfikiran terbuka dan belajar daripada kesalahan,kamu tidak akan mudah menyalahkan orang sekeliling atau rasa kecewa.Atasi kelemahan diri daripada menuding jari pada orang lain.

* Selalu berfikiran positif
Anggaplah apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk kematangan diri.Kebanyakan mereka berjaya mengasah diri dari kegagalan.



TIPS lebih BERSEMANGAT selepas KECEWA..

# hargai diri sendiri.
# Penuhi keinginan dengan segera.
# Perbaiki hubungan antara manusia.
# Jadikan kehidupan lebih bermakna.
# bersyukur dengan apa yang anda alami.

# Menganggap setiap hari adalah istimewa.
# Jangan biarkkan perasaan menundukkan kamu.
# Luangkan masa dengan orang tersayang.

#Hargai perkara yang lebih baik dan mudah dalam hidup daripada meyulitkan keadaan.
# Jika kamu melihat org lain tersenyum, berikan pula senyuman pada mereka.

LIKE bila korang SUKA

13 June 2011

cuti SEM yang FULL ^_^

cuti sem yang menyeronokkan...2 minggu stay kat kampung FELDA KERATONG LIMA,BANDAR TUN ABD RAZAK,PAHANG...dalam minggu terakhir kat sana...mak lang n pak lang bawak g cuti kat PUTRAJAYA n K.L..^_^2 hari 1 malam...bermalam kat rumah pak ngah IMAN...:)

check it out my holidays....:)



nih kat berjaya times square


nih time nek sampan


kat mn ntah...
nih larh mak lang cik eca n anaknnya aufa syakira...


kat tmn wetland...
kalo x salah larh..:)


hari JUMAAT kitaorang baru balik IPOH....sokknya SABTU cik eca ikut kak cik eca lak....mula2 g mkn kenduri kawan kak kawen...pas tue terus g MENARA CONDONG..malangnnya xley naek...dorg tgh wat pembaik pulih...:( tapi xpe larh...pas tue twos ke TAMAN BOTANI...:)

check its outs


menara condong teluk intan



taman botani...

oke larh...cukuplarh ckit2...penat da...see u again..:)



LIKE bila korang SUKA

#HAK MILIK KEKAL#cikECAsiKECIK