cUtEst fOLLOwer

30 June 2011

LOvE minum NESCAFE...^_^

 
cik eca suke sangat minum nescafe...dalam sehari mesti kena minum...tetiba..terlintas kat fikiran cik eca...elok ke minum nescafe dalam quantiti yang banyakk...nescafe nih mmg ada kebaikkan..tapi...ada jugak keburukkan....so..cik eca try search kebaikan dan keburukan nescafe nih...

check this out --->

KEBAIKAN NESCAFE :

-->Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
-->pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II.
-->melindungi seseorang daripada penuaan
--> mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.
-->berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
-->Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok.
-->mampu mengurangkan risiko mudah lupa atau nyanyuk kerana kajian terbaru mendapati ia dapat menghalang kolestrol perosak daripada memberi implikasi buruk kepada tubuh badan manusia.

KEBURUKAN NESCAFE :

-->kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan.
-->kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan. 
-->Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk
-->Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan.
--> kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman.
-->Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut.
-->Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). 
-->Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut. 

KESAN JANGKA PANJANG :

-->Ulser
 - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk.

-->Masalah Jantung 
– Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

-->Ketagih 
- Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala.



CARA MEMBUANG KETAGIHAN KAFEIN :

-->Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.


Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

 






LIKE bila korang SUKA

0 comments:

#HAK MILIK KEKAL#cikECAsiKECIK